CuanTuanDokumentasi

Had kadar

1000 permintaan sejam bagi setiap kunci.

Had dikira setiap kunci, bukan setiap alamat IP. Dua sistem yang memakai kunci berlainan tidak menghabiskan kuota satu sama lain, walaupun keluar dari rangkaian yang sama.

Pengepala pada setiap jawapan
X-RateLimit-Limit: 1000
X-RateLimit-Remaining: 987
X-RateLimit-Reset: 1787923200

X-RateLimit-Reset ialah cap masa Unix bila tetingkap semasa tamat. Tetingkapnya sejam penuh mengikut jam UTC — bukan gelongsor — jadi kaunter kembali kosong pada setiap penanda jam.

Bila had dicapai

429
{
  "ok": false,
  "code": "TERLALU_BANYAK",
  "message": "Had 1000 permintaan sejam dicapai. Cuba lagi selepas tetingkap berikutnya."
}

Jawapan turut membawa Retry-After dalam saat. Hormatinya — mencuba semula dengan segera hanya membakar kuota tetingkap berikutnya sebelum ia bermula.

Cara kekal jauh di bawah had

  • Guna limit=100 pada endpoint senarai. Satu permintaan 100 baris jauh lebih murah daripada empat permintaan 25 baris.
  • Tapis di pelayan, bukan di sisi anda. ?status=PAID menggantikan menarik semuanya lalu membuang kebanyakannya.
  • Simpan hasil yang jarang berubah. Katalog produk tidak perlu ditarik setiap minit.
  • Untuk data prospek yang perlu segera, pakai webhook — ia menolak kepada anda dan tidak mengambil kuota langsung.
Kalau had ini terlalu ketat untuk kegunaan yang sah, beritahu pemilik kedai. Ia satu nombor dalam konfigurasi, bukan kekangan seni bina.